Tampilkan postingan dengan label hilang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label hilang. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Februari 2014

Generasi Google Hilang Kreativiti


Generasi Google Hilang Kreativiti
Generasi Google Hilang Kreativiti - LONDON : Seorang daripada pereka cipta terkemuka Britain memberi amaran, “generasi Google” yang terlalu bergantung kepada Internet untuk sebarang maklumat berdepan kemungkinan mengalami “kematian otak.”
Pencipta radio wind up (radio berkuasa manual), Trevor Baylis, berkata kanak-kanak semakin hilang daya kreativiti serta kemahiran praktikal kerana terlalu banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Kata Baylis, 75, dia bimbang generasi pereka cipta akan datang akan hilang dan kebanyakan anak muda hari ini tidak mampu berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu.
“Namun, kanak-kanak boleh mengembalikan kemahiran penting itu jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti Meccano,” katanya.
Meccano adalah alat mainan menggunakan pelbagai jenis bahan terpakai, seperti kepingan keluli, skru dan nat.
Ia perlu digabungkan antara satu sama lain bagi membina pelbagai objek. Kata Baylis, kanak-kanak perlu diajar melakukan sesuatu dengan tangan, bukan bergantung kepada telefon bimbit atau komputer. “Memang mereka perlu menggunakan komputer dari semasa ke semasa, tetapi ada terlalu ramai yang menggunakan alat itu secara berlebihan.
“Mereka bergantung kepada carian Google dan ramai kanak-kanak akan menjadi seperti mati otak jika terlalu bergantung kepada Internet kerana mereka tidak mampu melakukan sendiri mengikut cara lama,” katanya. Mengenang semula bagaimana dia menjadi pereka cipta, Baylis berkata, dia bermula seawal usia lima atau enam tahun.
Ketika perang, katanya, dia tidak bersekolah dan sering merayau di kawasan rumahnya di Southhall, Middlesex, untuk mengumpul bahan terbuang. “Satu hari, saya bertemu seorang wanita yang menghadiahkan sekotak besar barang.
“Dalam perjalanan pulang, rasa ingin tahu mendorong saya membuka kotak berkenaan di pertengahan jalan dan mendapati ia adalah satu set besar Meccano,” katanya. – DM
Read More..

Rabu, 20 November 2013

Pesawat Pesawat yang Hilang Di Perairan Segitiga Bermuda


Pasti anda sudah tahu tentang segitiga bermuda kan...?? Bermuda dari dulu memang sebuah wilayah kepulauan yaang membawa segudang tanda tanya akan misterinya yang melenyapkan puluhan pesawat dan juga kapal laut yang berlayar dan terbang diatas perairan segi tiga bermuda, dan mungkin anda ingin tahu jenis-jenis pesawat yang lenyap di bermuda, inilah dia 12 pesawat yang hilang di segitiga bermuda
 
1. pesawat TBF avenger 1942


2. pesawat PBY catalina (amerika)

3. pesawat lockheed pv-1 ventura

4. pesawat PB4Y privateer

5. pesawat SBD-5 dauntless

6. pesawat PBY-5a catalina

7. pesawat PBM martin mariner

8. pesawat b-24 liberator

9. pesawat flight19

10. pesawat c-54

11. pesawat star tiger

12. pesawat beech queen air

sumber:http://www.indonesiaindonesia.com/f/40094-pesawat-pesawat-segitiga-bermuda
Read More..