Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label isu. Tampilkan semua postingan

Kamis, 27 Februari 2014

Keputusan Isu Kalimah Allah Tidak Libat Kristian Di Sabah Sarawak – Najib


KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata, perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

“Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan,” katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa ‘The Herald’, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

“Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

“Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

“…maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.

“Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai…ia bukanlah ‘roket science’, ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras,” katanya.

Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam. .

Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. – Bernama
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

Anwar Isu hudud tak jejaskan Pakatan

Malaysiakini
  • Abdul Rahim Sabri
  •  Mei 14 2012
 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar berkata Pakatan Rakyat tidak terjejas dengan liputan negatif media berhubung isu hukum hudud sejak kebelakangan ini.

Tegasnya, gabungan itu terus berada dalam "satu semangat dan keutuhan serta muafakat sedikit tidak terjejas" dengan laporan seperti itu.

"Jadi seolah-olah ada kesenjangan apa sebenarnya berlaku dan apa yang ditafsirkan di luar.

"Saya tidak meremehkan tapi kenyataannya begitu. Pakatan Rakyat akan terikat untuk masa sekarang, dalam pilihan raya dan Insya-Allah ketika membentuk kerajaan," katanya.

Sebaliknya, Anwar berkata semua parti anggotanya sepakat untuk memperjuangkan perkara yang dipersetujui mereka dalam konvensyen Pakatan, Buku Jingga dan konsensus tentang hudud pada 28 September lalu.

Anwar berkata isu berhubung hudud juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat hari ini memandangkan pemimpin berkenaan mempertegas pendirian untuk menghormati perbezaan pandangan masing-masing.

Dalam sidang media sama, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu hudud itu sengaja digunakan BN melalui media untuk menutup kontroversi yang timbul berhubung perhimpunan BERSIH 3.0.

Tambahnya, isu pilihan raya bersih dan adil perlu diutamakan berbanding isu hukum hudud yang diuar-uarkan itu.

"(Hudud) selesai secara dalaman. Utamakan isu bersih dulu. BN sengaja gunakan media untuk tutup isu BERSIH. Kita belum memerintah lagi. Pentingnya memerintah dulu," katanya.
Read More..