Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Februari 2014

Ramadhan al Buti ulamak pencerah ummah Presiden PAS


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pemergian tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti sebagai kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kematian ulamak itu tentunya dirasai oleh ummah yang dahagakan ilmu dari insan sepertinya.

"Kitabnya dan muridnya berjumlah jutaan di seluruh dunia. Lebih setengah abad usianya dimanfaatkan kepada ilmu dalam mencerahkan ummah di seluruh dunia. 

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan mutiara ummah. Bagi pihak PAS, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh ummat Islam diatas pemergiannya," katanya kepada Harakahdaily.

Difahamkan Dr. Said Ramadhan al-Buti terbunuh dalam satu serangan bom ketika beliau sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria semalam.

Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menyatakan pendirian PAS mengecam sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan terhadap ulamak itu semalam.

"PAS mengecam pembunuhan yang berlaku. Ia merupakan satu tragedi yang sukar dilupakan seumpama pembunuhan Assyahid Sheikh Ahmad Yasin pada tarikh yang sama tahun 2004 yang lalu.

"Semoga seluruh ahli keluarga beliau dan ummat Islam seluruh dunia bersabar diatas kematian ini. Semoga Allah SWT menempatkan beliau bersama dengan orang-orang yang soleh yang berjuang bagi menegakkan agamanya," katanya.
Read More..

Minggu, 15 Desember 2013

Ahli tegar Umno masuk PAS kerana mulut Haji Lah Genting

Harakahdaily 

Rossem, 29 Jan 2013
Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.
Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.

“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”


Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.
Sang wartawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012,  Ali Lizon hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.

 
“Apa Haji Lah Geting  kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.
“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.

Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas  sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.

Sejak  peristiwa itu Ali Lizon  bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.

Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon  faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.

Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013
Read More..