Minggu, 09 Maret 2014

Browse » home» » » » » » » Hot! Adira dan Aliff Aziz bercinta

Hot! Adira dan Aliff Aziz bercinta



Adira Bercinta Dengan Aliff Aziz-Penyanyi cantik Adira yang dikatakan sebelum ini sedang bercinta dengan Aliff Aziz sememangnya nyata bercinta.

Tapi itu hanya sekadar bagi merealisasikan watak masing-masing dalam drama yang berjudul Tiara setelah mereka digandingkan bersama sebagai pasangan hero dan heroin.

Adira yang tidak ingin dilabel sebagai wanita jahat berhubung punca perpisahan Aliff Aziz dengan Anne Ngasri.

“Saya tidak ingin mempunyai kaitan dengan cerita perpisahan Aliff dengan Anne. Im not that type of person. Saya menjadi kekasih Aliff dalam drama Tiara yang bakal disiarkan pada 22 Oktober depan di Astro Prima.

“Terus-terang saya dan Aliff hanya kawan biasa saja. Saya pun tak nak ambil tahu tentang mereka. Apatah lagi berniat bertanyakan tentang hal putus cinta mereka.

“Sewaktu berlakon dengan Aliff, saya tidak tahu pun dia menghadapi masalah dengan Anne. Saya ada nampak dia murung, tapi saya anggap ianya hanyalah perkara yang biasa dalam percintaan. Sekali lagi, saya katakan bahawa saya tidak ingin campur tangan dalam urusan orang lain,”.

Sementara itu, Adira juga berani menjamin bahawa hubungannya dengan Aliff tidak akan berubah menjadi cinta lokasi walaupun pada dasarnya mereka sukar mencari chemistry dalam drama tersebut.

“Saya guarantee, hubungan kami tidak akan berubah menjadi pasangan kekasih di luar lokasi pengambaran. Perasaan cinta hanya wujud dalam drama itu. Saya bercinta dengan dia bagi drama saja. Tidak lebih dari itu.

“Saya hanya lakukan semuanya atas dasar kerja. Saya tidak boleh menolak tanggungjawab sebagai pelakon. Ketika shooting , saya bukan berkawan Aliff seorang saja tetapi semua orang.

Becerita lanjut mengenai lagu yang digembar-gemburkan, Adira mengakui ada berduet dengan Aliff dalam sebuah lagu berjudul Keajaiban Cinta.


sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar