Tampilkan postingan dengan label bakal. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bakal. Tampilkan semua postingan

Minggu, 29 Desember 2013

Kenyataan rasis Dr M bakal hancurkan BN kata anak Samy Vellu

January 20, 2013
KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.
Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi “back-fire” kepada BN.

“Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Beliau cuba memusnahkan imej BN yang cuba dibangunkan Najib yang baru menjadi perdana menteri lebih kurang dua, tiga tahun ini ...  ianya bukan perkara yang mudah,” tegasnya lagi.

Beliau turut berkata adalah lebih baik untuk perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu “bersara” seperti mana mantan perdana menteri sebelum beliau.
“Beliau patut sedar rakyat Malaysia sudah semakin matang, kenapa perlu gunakan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat?” katanya.

Vell Pari turut memuji langkah proaktif Najib melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah walaupun sedar tindakannya itu bakal memberikan kesan kepada kerajaan BN.
“Berkenaan RCI di Sabah, kita patut rasa bangga dengan Najib, walaupun ada kenyataan daripada RCI itu yang tidak baik untuk BN, tetapi Najib teruskan ...  beliau cuba untuk menjadi telus,” katanya.

“Saya generasi ketiga, ini negara kita, adakah satu hari nanti bila kita selisih di tengah jalan kamu mahu satu keluar parang, dan satu lagi keluar keris?” soalnya, sebagai respon kenyataan perkauman yang dikeluarkan Dr Mahathir dikhuatiri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.
Menurutnya lagi setiap individu rakyat Malaysia jelasnya adalah penyumbang kepada negara ini, dan tidak seharusnya isu perkauman itu dimainkan.
“Dr Mahathir langsung tidak membantu,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh di negara ini seringkali mengeluarkan kenyataan membidas pembangkang, dan sesetengah pihak menganggap Dr Mahathir seringkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.
“Dr Mahathir sudah bersara, sepatutnya jangan ganggu pemerintahan negara dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang tidak membantu kerajaan.
“Jika Dr Mahathir tidak boleh menolong, janganlah bising-bising,” tegasnya lagi. TMI
Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Pengantin perempuan lapor polis bakal suami ‘hilang’

myMetro

Pegawai polis bertugas di balai polis Muang Lop Buri, Leftenan Supachai Deemongkol berkata, Tatchaya Prachumsarn, 21, masih memakai pakaian pengantin ketika tiba di balai polis. Dia meminta polis menjejaki Natchapat Olarn, 29, dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana menipu dan memalukannya.

Tatchaya tiba di balai polis dengan ibu, saudara dan rakannya iaitu kira-kira 10 orang.
Tatchaya memberitahu polis, dia dan Natchapat yang bekerja di Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian sudah berpacaran selama lebih setahun. Ketika Natchapat meminta keizinan ibunya untuk berkahwin dengan Tatchaya, wanita itu memberikan persetujuannya.

Natchapat menawarkan untuk memberikan pengantin perempuan sebanyak 300,000 baht (RM30,295) dan barang kemas. Bagaimanapun, dia meminta ibu Tatchaya membayar wang itu terlebih dulu ketika upacara perkahwinan itu dan dia akan membayar wanita terbabit kemudian. Pasangan itu kemudian bersetuju majlis perkahwinan diadakan di kediaman ibu Tatchaya di Lop Buri pada 12 Mei. Tatchaya memberitahu polis, dia dan keluarganya menunggu dari pagi kehadiran Natchapat tetapi lelaki terbabit tidak muncul. Dia turut menghubunginya di telefon tetapi panggilannya tidak dijawab. - Bangkok Post
Read More..