Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Jumat, 21 Februari 2014
Empat lelaki yang menyalak seperti anjing ditangkap polis
Polis Fairview, Kota Quezon, menangkap dua orang lelaki, hanya lantaran menyalak layaknya seekor anjing di sebuah terminal mall di kota itu.
Menurut Ketua Polis Fairview, Inspektur Virgilio Fabian, dua diantara tersangka bernama William Habig, 38, dan Rhodel John Del Rosario, 18. dan dua lainnya menurut Pengarah Ketua Supt Kota Quezon, Mario dela Vega, adalah remaja berusia 17.
Mereka disangkakan telah melanggar peraturan hukum kota nombor 3780 yang melarang orang untuk menyalak secara ilegal, dan berteriak kepada penumpang di terminal pengangkutan awam.
Mereka ditangkap di hari Minggu kelmarin, di pinggir jalan Regalado Avenue dekat sebuah mall di wilayah Barangay Lagro sekitar pukul sembilan pagi.
Akibat perbuatan mereka, terjadi sesak lalu lintas di sekitar daerah tersebut.
Para tersangka saat ini masih diperiksa oleh polis dan mendekam di dalam tahanan polis Selasa (29/10/2012). (asiaone.com)
Menurut Ketua Polis Fairview, Inspektur Virgilio Fabian, dua diantara tersangka bernama William Habig, 38, dan Rhodel John Del Rosario, 18. dan dua lainnya menurut Pengarah Ketua Supt Kota Quezon, Mario dela Vega, adalah remaja berusia 17.
Mereka disangkakan telah melanggar peraturan hukum kota nombor 3780 yang melarang orang untuk menyalak secara ilegal, dan berteriak kepada penumpang di terminal pengangkutan awam.
Mereka ditangkap di hari Minggu kelmarin, di pinggir jalan Regalado Avenue dekat sebuah mall di wilayah Barangay Lagro sekitar pukul sembilan pagi.
Akibat perbuatan mereka, terjadi sesak lalu lintas di sekitar daerah tersebut.
Para tersangka saat ini masih diperiksa oleh polis dan mendekam di dalam tahanan polis Selasa (29/10/2012). (asiaone.com)
TRIBUNNEWS.COM
Sabtu, 15 Februari 2014
Hakim perbicaraan Altantuya tersilap bekas polis tidak seharusnya dijatuhkan hukuman
OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
August 26, 2013
August 26, 2013
Sebaliknya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati kedua-dua tertuduh seharusnya dibebaskan diperingkat perbicaraan. Hakim-hakim itu mengatakan pihak pendakwaan sedar hakim perbicaraan telah gagal untuk menganalisis bukti semasa perbicaraan.
Pihak pendakwaan mahu Mahkamah Rayuan membetulkan kekeliruan untuk mengekalkan hukuman akan tetapi pihak hakim tidak berjaya diyakinkan untuk berbuat demikian.
Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, yang menulis pendakwaan mengatakan pendakwaan menetapkan berlakunya pelbagai arahan daripada hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin, dan menggesa tiga panel hakim menggunakan peruntukan dalan Akta Penghakiman Mahkamah 1964 untuk memperbetulkan kesalahan.
Beliau berkata mahkamah rayuan boleh menegakkan sabitan walaupun perbicaraan hilang arah.
"Bagaimanapun, melihat kepada keseluruhan bukti dan kebarangkalian kes ini, kami melihat ianya tidak sesuai dan kes yang sesuai untuk kami mencampurinya," katanya.
Tengku Maimun berkata kebarangkalian bergantung kepada pendakwaan tidak dilakukan sepenuhnya dan rantauan saksi yang tidak lengkap.
"Kami tidak boleh mengatakan tribunal diarahkan dengan sebaiknya, berkemungkinan menghukum perayu (Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar) berdasarkan bukti yang ada.
"Mahkamah mengetepikan fakta dan bukti perayu yang menyaksikan keguguran keadilan perayu," katanya.
Beliau berkata kesan langsung tanpa sebarang arahan menyaksikan pendakwaan perayu tidak selamat.
Tengku Maimun juga berkata kes pendakwaan bergantung kepada kebarangkalian bukti.
"Ia penghakiman kita kebarangkalian bukti tidak cukup dan tidak kukuh untuk mencari kesalahan," katanya.
Tunku Maimun berkata perayu sedar kes jenayah telah dilakukan namun kebaikannya berikutan keraguan perlu diberikan kepada anggota polis.
Mahkamah Rayuan turut berkata Timbalan Supritendan Musa Safri, bekas pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkemungkinan bertentangan dengan penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam afidavitnya yang dijadikan bukti pendakwaa.
Dan kegagalan memanggilnya terhadap kes perbicaraan bunuh menyebabkan bukti terbatal.
Kenyataan ini adalah dipetik daripada hujah penghakiman 47 muka surat yang ditulis oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. – 26 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider
Selasa, 31 Desember 2013
JOAS Bantah Tindakan Polis Lepaskan Tembakan

KUALA LUMPUR – Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) membantah tindakan anggota polis kerana didakwa melepaskan tembakan ke udara semasa menangani bantahan sekumpulan Orang Asli di tapak pembinaan empangan Murum di Sarawak semalam.
Presidennya, Thomas Jalong mendakwa, anggota polis melepaskan tembakan hanya kerana mahu menyuraikan sekumpulan Orang Asli yang membina hadangan memasuki ke tapak pembinaan tersebut.
“JOAS turut membantah tindakan polis menangkap seorang lelaki Penan dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu. Kami menggesa polis melepaskan segera Ngang Buling.
“Dia ditahan di tapak pembinaan empangan Murum kerana mahu menghentikan takungan empangan. Orang Asli ini terdesak mendirikan sekatan demi melindungi tanah, wilayah dan sumber mereka,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Thomas menggesa pihak polis supaya mengawal tindakan mereka bila berdepan dengan Orang Asli yang tidak bersetuju dengan pembinaan empangan Murum.
Beliau dalam pada itu meminta Sarawak Energy Berhad (SEB) menghentikan penakungan empangan sehingga semua rundingan diselesaikan dengan cara yang baik dan semua perjanjian ditunaikan.
JOAS turut mengingatkan tanggungjawap kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat di kawasan itu selamat dan hak asasi manusia mereka dipertahankan.
Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan Sarawak Energy Berhad (SEB) memulakan proses penakungan di empangan RM4 bilion Murum di Ulu Belaga.
Tindakan itu diteruskan tanpa mengambil kira bantahan masyarakat Penan daripada enam kampung yang mengadakan hadangan ke tempat itu.
Penduduk Penan menuntut pampasan RM500,000 sekeluarga untuk kehilangan tanah dan kampung, tanah gantian 25 hektar untuk setiap keluarga, kawasan hutan 30,000 hektar, 10 peratus royalti daripada keuntungan empangan dan pemilikan untuk semua kawasan yang tidak ditenggelami air namun ditolak.
Jumat, 20 Desember 2013
Polis Mula Kutip Kaki Cebisan Organ Penumpang Yang Ditemui Di Lokasi Nahas
GENTING HIGHLANDS – Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508"> “Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.“Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan,” katanya.Mohd Mansor berkata pasukan penyelamat juga tidak menjangka menemui mayat lain di lokasi kejadian hari ini selain menunggu siasatan Puspakom Sdn Bhd dan pasukan forensik polis di kawasan nahas sebelum menarik naik bangkai bas.“Bas terbabas ke dalam gaung 60 meter dari permukaan jalan. Nasib baik bas tersangkut pada pokok, jika tidak bas boleh jatuh lebih jauh ke dalam,” katanya.Buat masa ini, polis belum mengambil kenyataan daripada mangsa yang selamat kerana mereka masih dalam keadaan trauma.Beliau juga meminta orang ramai tampil ke Hospital Kuala Lumpur atau datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong jika mengesyaki ada anggota keluarga yang terlibat dalam nahas itu. – BERNAMA
Kamis, 19 Desember 2013
Ketua Syiah Kedah Buat Laporan Polis Kerana Dapat UGUTAN BUNUH!
PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.
“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.
Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.
“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.
“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya. – SINAR HARIAN
Senin, 16 Desember 2013
Pengantin perempuan lapor polis bakal suami ‘hilang’
myMetro
Lop Buri: Seorang pengantin perempuan membuat laporan polis apabila pengantin lelaki gagal muncul dalam majlis perkahwinan mereka di Lop Buri semalam.
Pegawai polis bertugas di balai polis Muang Lop Buri, Leftenan Supachai Deemongkol berkata, Tatchaya Prachumsarn, 21, masih memakai pakaian pengantin ketika tiba di balai polis. Dia meminta polis menjejaki Natchapat Olarn, 29, dan mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana menipu dan memalukannya.
Tatchaya tiba di balai polis dengan ibu, saudara dan rakannya iaitu kira-kira 10 orang.
Tatchaya memberitahu polis, dia dan Natchapat yang bekerja di Bank Pertanian dan Koperasi Pertanian sudah berpacaran selama lebih setahun. Ketika Natchapat meminta keizinan ibunya untuk berkahwin dengan Tatchaya, wanita itu memberikan persetujuannya.
Natchapat menawarkan untuk memberikan pengantin perempuan sebanyak 300,000 baht (RM30,295) dan barang kemas. Bagaimanapun, dia meminta ibu Tatchaya membayar wang itu terlebih dulu ketika upacara perkahwinan itu dan dia akan membayar wanita terbabit kemudian. Pasangan itu kemudian bersetuju majlis perkahwinan diadakan di kediaman ibu Tatchaya di Lop Buri pada 12 Mei. Tatchaya memberitahu polis, dia dan keluarganya menunggu dari pagi kehadiran Natchapat tetapi lelaki terbabit tidak muncul. Dia turut menghubunginya di telefon tetapi panggilannya tidak dijawab. - Bangkok Post
Langganan:
Postingan (Atom)