Tampilkan postingan dengan label bomba. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bomba. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Februari 2014

Sayangi Bomba Hargai Jasa Mereka


Apabila berlaku kemalangan melibatkan kenderaan yang hancur hingga mangsa tersepit atau kenderaan terjunam ke tempat dalam seperti gaung dan sungai, pihak keselamatan paling diperlukan adalah bomba.

Inilah yang berlaku sewaktu nahas kemalangan paling dahsyat dalam sejarah negara berlaku di Genting Sempah, semalam.

Anggota bomba berhempas pulas turun ke gaung sedalam 60 meter untuk menghulurkan bantuan malah sampai ke saat ini mereka antara anggota keselamatan yang paling sibuk di lokasi kejadian bagi menaikkan bangkai bas.

Justeru, perkongsian salah seorang rakan Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) ini wajar direnungkan kebenarannya.

Tujuan utama Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia berkongsi perkara ini di status mereka mungkin sebagai tanda terima kasih, tapi pada masa sama ia boleh juga dianggap umpama ‘luahan hati’ para anggota bomba di luar sana untuk diberikan perhatian oleh pihak berkaitan. -REM RAMZI
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

KUANTAN YANG LUMPUH…Gambar Gambar Dari Unit Udara Bomba


Jumlah mangsa banjir di Pahang kini mencecah 29,270 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga 3 petang.

“Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 21,222 orang daripada 5,249 keluarga yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan,” katanya.

Di Rompin, sejumlah 4,180 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan, di Pekan 3,124 orang di 16 pusat pemindahan dan di Maran 637 orang ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Di Jerantut, 79 orang mangsa masih berada di satu pusat pemindahan, di Lipis melibatkan 21 orang di dua pusat pemindahan dan di Temerloh tujuh orang berada di satu pusat pemindahan.

Jurucakap itu berkata enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, Km 72 Jalan Kuantan-Segamat, Km 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Berikut adalah gambar dari Unit Udara Bomba di Kuantan, Pahang.

Saksikanlah betapa teruknya keadaan ketika ini…





Read More..