Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Isitiadat Berkhatan Kaum Kurdish 20 Gambar


Berkhatan ialah rights of passage bagi seorang lelaki muslim. Berkhatan menandakan seorang budak lelaki sudah bersedia untuk memasuki alam dewasa. Kita semua sedia maklum di Malaysia ada beberapa perkara unik yang dilakukan oleh orang melayu apabila upacara khatan dilakukan. Antaranya ialah upacara rendam didalam air dan duduk diatas batang pisang ketika tok mudim melakukan kerja. Sejak kebelakangan ini perkara yang kami sebutkan tadi tidak lagi dilakukan kerana ternyata useless. Tok Mudim sudah moden dan tidak memerlukan budak lelaki berendam atau berbaring diatas batang pisang ketika dikhatan


Mari kita melihat bagaimana upacara khatan dilakukan dan diraikan oleh kaum Kurdish di Kazakhstan. Tidak seperti adat istiadat melayu, upacara khatam kaum Kurdish siap dengan upacara tarian dan nyanyian sehari sebelum budak lelaki dikhatankan. Beberapa kambing turut dikorbankan pada hari keraian. Pada hari khatan itu sendiri si bapa akan bersolat dahulu bagi meminta upacara khatan anaknya akan selamat. Selepas itu semangkuk air gula diletakkan pada tingkap bilik upacara khatan akan dilakukan bagi memastikan tiada makhluk halus akan menjenguk tingkap. Akhir sekali kaum wanita didalam rumah harus membasuh kaki mereka didalam sebuah baldi bagi menyucikan diri. Jika kaki kaum wanita rumah itu bersih adalah dipercayai acara khatan akan menjadi lebih lancar.


Begitulah perbezaan acara khatan kaum Kurdish berbanding Melayu. Walaupun ada kealaian at the end of the day si budak lelaki akan hilang kulup dan mendapat wang sedekah dari sanak saudara. Tiada perbezaan disitu! Yang kami tak pasti ialah adakah budak lelaku Kurdish mandi tekup penis dengan baldi atau tidak. I know I did..... haaw haw haw!









Read More..

Rabu, 26 Februari 2014

Gambar Nih Bukti Anwar Jadi Mangsa Fitnah Cybertroopers Bodoh Umno

08 Jun, 2012




Gambar nih bukti Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah puak-puak pencacai Umno. Gambar nih disebarkan oleh cyber troopers Umno.


Jikalau setakat  gambar macam nih sekilas pandang dah tahu gambar superimpose. Taraf budak tadika pun boleh buat gambar edit macam nih. Apa yang  cybertroopers ingin sebarkan hanyalah kebodohan golongan pencacai nih.
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

KUANTAN YANG LUMPUH…Gambar Gambar Dari Unit Udara Bomba


Jumlah mangsa banjir di Pahang kini mencecah 29,270 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah itu terdiri daripada 7,207 keluarga yang masih di tempatkan di 92 pusat pemindahan dalam tujuh daerah sehingga 3 petang.

“Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan tertinggi iaitu seramai 21,222 orang daripada 5,249 keluarga yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan,” katanya.

Di Rompin, sejumlah 4,180 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan, di Pekan 3,124 orang di 16 pusat pemindahan dan di Maran 637 orang ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Di Jerantut, 79 orang mangsa masih berada di satu pusat pemindahan, di Lipis melibatkan 21 orang di dua pusat pemindahan dan di Temerloh tujuh orang berada di satu pusat pemindahan.

Jurucakap itu berkata enam jalan utama ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, Km 72 Jalan Kuantan-Segamat, Km 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.

Berikut adalah gambar dari Unit Udara Bomba di Kuantan, Pahang.

Saksikanlah betapa teruknya keadaan ketika ini…





Read More..