Tampilkan postingan dengan label ketua. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ketua. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak

Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak | Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah pada hari Jumaat (30/8/13).
Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja. Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.

Berikut dibawah adalah senarai 49 kumpulan kongsi gelap yang di senaraikan oleh PDRM.


Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak

1) Geng 04 - Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

2) Geng 08 - Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3) Double 7 - seluruh Semenanjung Malaysia

4) Tiga Line - Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5) Geng 30 - seluruh Semenanjung Malaysia

6) Geng 38 - Kepong, Jinjang, Setapak dan Johor Bahru

7) Geng 24 - Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8) Geng 18 - Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9) Geng 36 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10) Geng 21 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11) Ang Soon Thong - Kuala Lumpur dan Selangor

12) Wah Kee - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Selangor

13) Sio Sam Ong - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan selangor

14) PNEH - Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15) Hong Hong San - Kuala Lumpur

16) Hai San - Perak

17) Sin Ang Bin - Kuala Lumpur

18) New Cell 20 - Perak

19) Jit It Hai - Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20) Sio Koon Tong - Johor

21) Gee Lam Kor - Kuala Lumpur

22) Gee Ah Eng - Kuala Lumpur

23) Loh Kuan - Kuala Lumpur

24) Tiang Yee Tong - Kuala Lumpur

25) Geng Leng Hor - Kuala Lumpur

26) Geng 35 - Kedah dan Pulau Pinang

27) Geng 303 - Selangor

28) Geng Satu Hati - Lembah Kelang, utara dan selatan tanah air

29) ATAP - Kota Kinabalu, Sabah

30) Hung Ann - Tawau, Sabah

31) Sui Yup - Penampang, Sabah

32) Otai - Kota Kinabalu, Sabah

33) Borneo Red EMP - Petagas dan Jumbo, Sabah

34) Ah Ngau - Kuching, Sarawak

35) Batu Tiga - Kuching, Sarawak

36) Ah Feng - Kuching, Sarawak

37) Batu 10 - Kuching, Sarawak

38) Sibu Ti - Kuching, Sarawak

39) Ah Seng - Sarekei, Sarawak

40) Ah Chin - Kuching, Sarawak

41) Lee Lung - Sibu, Sarawak

42) Lo Han - Kuching, Sarawak

43) Sg Merah - Sibu, Sarawak

44) Sg Badut - Sibu, Sarawak

45) Ting Ching Lee - Bintulu, Sarawak

46) Tua Cak Lee - Miri, Sarawak

47) Teksi Station - Miri, Sarawak

48) Pintu Merah - Miri, Sarawak

49) Krokop - Miri, Sarawak 


sumber

Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Ketua Syiah Kedah Buat Laporan Polis Kerana Dapat UGUTAN BUNUH!



PENDANG – Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung ancaman bunuh terhadap dirinya yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
Abdullah berkata, dia terpaksa membuat laporan itu setelah menerima ugutan dan ancaman itu setelah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhd Amirul Roshid berkongsi gambar dan maklumat mengenai dirinya dalam Facebook Gerakan Anti Syiah Malaysia.
“Pemilik akaun tersebut telah menuduh saya seorang yang sangat aktif menyesatkan masyarakat Kedah khususnya pemuda-pemudi Kedah dan menghasut masyarakat supaya membenci orang Islam lain yang mengamalkan Ahlul Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
“Saya memandang bahawa tuduhan ini adalah amat berat dan sesama sekali tidak berasas. Ingin saya tegaskan dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut kerana tidak menepati realiti dan saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam-peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Pendang.
Abdullah berkata, beliau menyedari ancaman itu pada Ahad lalu daripada seorang rakan yang membuka akaun laman sosial tersebut.
“Selain ancaman di laman sosial, saya juga pernah menerima ugutan melalui panggilan telefon dua minggu lalu dengan mengatakan ‘Awas ketua Syiah, kami nak hancurkan Syiah’ dengan mengulang ayat itu sebanyak tiga kali’.
“Nombor telefon itu tidak dapat dikesan kerana menggunakan nombor peribadi,” katanya. – SINAR HARIAN
Read More..