Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Februari 2014

Tahi judi mahu jual buah pinggang



PHUAH sedih kerana terpaksa menanggung hutang dan ditinggalkan oleh isteri ekoran tabiatnya suka berjudi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang ditinggalkan isteri dan anaknya kerana gemar berjudi, bercadang menjual salah satu buah pinggangnya bagi melangsaikan hutang judi berjumlah RM20,000.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Phuah, 45, berkata, dia rela menjual organnya sendiri kerana menemui jalan buntu untuk melangsaikan hutangnya akibat ketagih bermain judi internet.

Katanya, dia telah meminjam sebanyak RM15,000 daripada ahli keluarganya manakala RM5,000 lagi daripada ah long, namun menanggung kerugian apabila kalah berjudi.
“Saya hanya terfikir untuk menjual buah pinggang bagi mendapatkan wang. Saya kehilangan segala-galanya malah isteri saya telah meninggalkan rumah bersama dua anak perempuan kami minggu lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.
Read More..

Senin, 30 Desember 2013

Mahu Bawa Usul Potong Gaji Menteri Kesihatan


KUALA LUMPUR – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mengugut mahu membuat usul memotong gaji Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam di Parlimen berikutan kejadian siling runtuh di Hospital Serdang semalam.

Beliau mendakwa akan meneruskan usul tersebut sekiranya Subramaniam gagal memberi penjelasan yang memuaskan berhubung kejadian tersebut memandangkan sebanyak dua kejadian siling runtuh berlaku di hospital berkenaan dalam tempoh dua bulan lalu.

“Sekiranya beliau tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, saya akan mengusul untuk memotong gajinya di sidang Parlimen nanti

“Pada 30 September lalu, Hospital Serdang yang menelan kos pembinaan sebanyak RM690 juta melaporkan keruntuhan siling bagi kali yang ketiga. Menteri Kesihatan pada 16 Oktober lalu Jabatan Kerja Raya akan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas struktur bangunan Hospital Serdang bagi memastikan ia benar-benar selamat.

“Bagaimanpun sebulan selepas beliau memberi jaminan tersebut, siling Hospital Serdang mengalami keruntuhan buat kali keempat semalam. Adakah beliau tidak tegas supaya membuat pemeriksaan secara terperinci serta menjalankan kerja penyelenggaran yang sewajarnya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Nie Ching turut mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan untuk mengelak insiden berulang kerana hingga kini orang ramai masih tidak mengetahui punca sebenar keruntuhan siling di Hospital Serdang sama ada ia kerana masalah struktur, reka bentuk atau dari penyelenggaraan.

Media semalam melaporkan bberapa kepingan siling di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Serdang yang sedang dibaiki runtuh tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Pengarah Hospital Serdang Datuk Dr Ardi Awang dipetik berkata, runtuhan yang berlaku pukul 1.30 pagi itu melibatkan kerosakan seluas kira-kira satu meter persegi.

Sebelum ini, beberapa kejadian runtuhan siling dan bumbung pernah dilaporkan berlaku di hospital berkenaan, termasuk pada 30 September lepas di wad bersalin melibatkan runtuhan siling.

Hospital yang menelan belanja RM690 juta itu mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.
Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Klip seks Azmin mahu saman Utusan RM100 juta


KHAMIS, 3 MEI 2012

 Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.



SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau.
Kelmarin, Azmin menafikan beliau lelaki yang dirujuk dalam laporan dan gambar-gambar yang mengiringnya.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, dakwaan dan gambar-gambar yang digunakan adalah rekaan semata-mata, bermotifkan politik dan tahap kewartawanan yang sangat menjijikkan.

"Hari ini, Azmin menerusi peguamnya Edwin Lim Suren & Soh mengeluarkan tuntutan kepada  Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang memiliki Utusan Malaysia dan editor agar menarik balik dakwaan-dakwaan itu dan membuat permohonan maaf di muka depan Utusan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Melihat kepada keseriusan dakwaan dan edaran akhbar di peringkat nasional, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut ganti rugi RM100 juta.
Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Video Budak Mahu Bunuh Diri Dipersoal

Nada al-Ahdal

Yaman – Berjuta-juta pengguna YouTube sebelum ini dikejutkan dengan rakaman mengenai seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang berikrar akan membunuh diri jika dia dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya.
Namun kini timbul persoalan samada dakwaan Nada al-Ahdal itu benar terutama selepas dia mendakwa diselamatkan daripada kahwin paksa itu selepas campur tangan bapa saudaranya.
Malah ketua badan hak asasi kanak-kanak Yaman, Seyaj kini percaya budak perempuan itu hanya mereka cerita sementara ibu bapanya pula menegaskan mereka tidak pernah bercadang untuk mengahwinkannya.
Sementara itu, satu pertemuan antara Nada, ibubapanya dan Presiden Kesatuan Wanita Yaman, Ramzia Al-Eryani telah diadakan.
Dalam pertemuan itu, Nada menangis dan bertanyakan Ramzia “Kenapa awak percayakan mereka dan tidak percayakan saya,’’.
Susulan itu satu perjanjian telah dirangka, di mana Nada, ibubapa dan bapa saudaranya itu akan menetap bersama.
Selain itu, Ramzia juga telah dilantik sebagai penjaga sementara untuk Nada sehingga perbalahan berkenaan selesai.
Dalam rakaman yang dimuatnaik melalui YouTube bertarikh 8 Julai lalu, Nada telah mengancam untuk membunuh diri jika dipaksa berkahwin.
Read More..