Kamis, 19 Desember 2013
Browse »
home»
budak
»
bunuh
»
dipersoal
»
diri
»
mahu
»
video
»
Video Budak Mahu Bunuh Diri Dipersoal
Video Budak Mahu Bunuh Diri Dipersoal
Yaman – Berjuta-juta pengguna YouTube sebelum ini dikejutkan dengan rakaman mengenai seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang berikrar akan membunuh diri jika dia dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya.
Namun kini timbul persoalan samada dakwaan Nada al-Ahdal itu benar terutama selepas dia mendakwa diselamatkan daripada kahwin paksa itu selepas campur tangan bapa saudaranya.
Malah ketua badan hak asasi kanak-kanak Yaman, Seyaj kini percaya budak perempuan itu hanya mereka cerita sementara ibu bapanya pula menegaskan mereka tidak pernah bercadang untuk mengahwinkannya.
Sementara itu, satu pertemuan antara Nada, ibubapanya dan Presiden Kesatuan Wanita Yaman, Ramzia Al-Eryani telah diadakan.
Dalam pertemuan itu, Nada menangis dan bertanyakan Ramzia “Kenapa awak percayakan mereka dan tidak percayakan saya,’’.
Susulan itu satu perjanjian telah dirangka, di mana Nada, ibubapa dan bapa saudaranya itu akan menetap bersama.
Selain itu, Ramzia juga telah dilantik sebagai penjaga sementara untuk Nada sehingga perbalahan berkenaan selesai.
Dalam rakaman yang dimuatnaik melalui YouTube bertarikh 8 Julai lalu, Nada telah mengancam untuk membunuh diri jika dipaksa berkahwin.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar