Minggu, 02 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » Tahi judi mahu jual buah pinggang

Tahi judi mahu jual buah pinggang



PHUAH sedih kerana terpaksa menanggung hutang dan ditinggalkan oleh isteri ekoran tabiatnya suka berjudi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penganggur yang ditinggalkan isteri dan anaknya kerana gemar berjudi, bercadang menjual salah satu buah pinggangnya bagi melangsaikan hutang judi berjumlah RM20,000.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Phuah, 45, berkata, dia rela menjual organnya sendiri kerana menemui jalan buntu untuk melangsaikan hutangnya akibat ketagih bermain judi internet.

Katanya, dia telah meminjam sebanyak RM15,000 daripada ahli keluarganya manakala RM5,000 lagi daripada ah long, namun menanggung kerugian apabila kalah berjudi.
“Saya hanya terfikir untuk menjual buah pinggang bagi mendapatkan wang. Saya kehilangan segala-galanya malah isteri saya telah meninggalkan rumah bersama dua anak perempuan kami minggu lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

1 komentar:

  1. Selamat datang ke doktor hospital solomon. Adakah anda ingin untuk menjual buah pinggang atau lain-lain anda
    organ jika ya terpakai untuk dijual hari ini dan anda akan diberikan maksimum
    kepuasan anda need.Contact saya melalui e-mel: doctorsolomon1234@gmail.com

    BalasHapus