Senin, 17 Maret 2014

Disebut Pelacur Dewi Perssik Malah Bilang Terima Kasih


SELASA, 24 APRIL 2012

 Julia Perez (kanan) dan Dewi Perssik



JAKARTA - Julia Perez atau Jupe yang mengaku account Twitternya di-hack, ternyata berimbas kepada Dewi Perssik.

Wanita yang akrab disapa Depe itu rupanya menerima mention di akun Twitternya berisi cacian yang kurang mengenakkan dengan menyebutnya sebagai pelacur. Ups!!!

"Tiba-tiba ada yang mention dengan nama account-nya si A. Saya nggak mengerti dia bilang saya pelacur dan segala macam," ucapnya, saat ditemui di MNC TV, Pondok Gede, Jakarta Timur.

Kendati demikian, bekas istri Saipul Jamil itu, tidak mau ambil pusing terkait mention tersebut.

Ia tidak peduli dengan mention orang yang mengaku sebagai fans bekas tunangan Gaston Castano, penyerang Gresik United itu. Sebab, ia sama sekali tidak melakukan pembajakan terhadap akun milik seterunya itu.

"Nggak, saya sih merasa nggak bermasalah. Jadi, saya hanya mengatakan terimakasih banyak. Mungkin ini bagian dari ujian saya untuk film saya, semoga sukses. Saya nggak bisa ngomong apa-apa," ucapnya kalem.

Memang diakuinya nyaris setiap hari meng-update statusnya di akun Twitter miliknya.

Namun, ia sama sekali tidak mengetahui cara kerja hacker yang dapat membajak akun twitter seseorang. Pekerjaan itu, menurut dia, bukan perkara yang mudah mengingat dirinya hanyalah orang awam.

"Saya selalu update Twitter karena bagi saya kerjaan saya adalah internet. Jujur, kerjaan saya internet tiap hari. Tapi namanya hecker saya juga bukan IT, dan saya juga pekerjaan hacker atau membajak kan bukan kerjaan mudah. Ya saya hanya bisa senyum saja," ucapnya.

Meskipun tidak mempermasalahkan mention tersebut, Depe cukup terganggu. Apalagi, ada yang sampai menghubunginya ke telepon selularnya lewat Short Message Service (SMS) dengan isi yang kurang pantas dan melecehkannya sebagai wanita.
Read More..

Minggu, 16 Maret 2014

Isitiadat Berkhatan Kaum Kurdish 20 Gambar


Berkhatan ialah rights of passage bagi seorang lelaki muslim. Berkhatan menandakan seorang budak lelaki sudah bersedia untuk memasuki alam dewasa. Kita semua sedia maklum di Malaysia ada beberapa perkara unik yang dilakukan oleh orang melayu apabila upacara khatan dilakukan. Antaranya ialah upacara rendam didalam air dan duduk diatas batang pisang ketika tok mudim melakukan kerja. Sejak kebelakangan ini perkara yang kami sebutkan tadi tidak lagi dilakukan kerana ternyata useless. Tok Mudim sudah moden dan tidak memerlukan budak lelaki berendam atau berbaring diatas batang pisang ketika dikhatan


Mari kita melihat bagaimana upacara khatan dilakukan dan diraikan oleh kaum Kurdish di Kazakhstan. Tidak seperti adat istiadat melayu, upacara khatam kaum Kurdish siap dengan upacara tarian dan nyanyian sehari sebelum budak lelaki dikhatankan. Beberapa kambing turut dikorbankan pada hari keraian. Pada hari khatan itu sendiri si bapa akan bersolat dahulu bagi meminta upacara khatan anaknya akan selamat. Selepas itu semangkuk air gula diletakkan pada tingkap bilik upacara khatan akan dilakukan bagi memastikan tiada makhluk halus akan menjenguk tingkap. Akhir sekali kaum wanita didalam rumah harus membasuh kaki mereka didalam sebuah baldi bagi menyucikan diri. Jika kaki kaum wanita rumah itu bersih adalah dipercayai acara khatan akan menjadi lebih lancar.


Begitulah perbezaan acara khatan kaum Kurdish berbanding Melayu. Walaupun ada kealaian at the end of the day si budak lelaki akan hilang kulup dan mendapat wang sedekah dari sanak saudara. Tiada perbezaan disitu! Yang kami tak pasti ialah adakah budak lelaku Kurdish mandi tekup penis dengan baldi atau tidak. I know I did..... haaw haw haw!









Read More..

Sabtu, 15 Maret 2014

Gambaran Demokrasi Versi Program Komputer

Demokrasi yang aku cuba terjemahkan dalam bentuk computer program. Cuba fahamkan ya.


Read More..

Jumat, 14 Maret 2014

Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak

Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak | Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah pada hari Jumaat (30/8/13).
Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja. Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.

Berikut dibawah adalah senarai 49 kumpulan kongsi gelap yang di senaraikan oleh PDRM.


Ketua Kumpulan Geng 21 Maut Di Tembak

1) Geng 04 - Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

2) Geng 08 - Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3) Double 7 - seluruh Semenanjung Malaysia

4) Tiga Line - Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5) Geng 30 - seluruh Semenanjung Malaysia

6) Geng 38 - Kepong, Jinjang, Setapak dan Johor Bahru

7) Geng 24 - Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8) Geng 18 - Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9) Geng 36 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10) Geng 21 - Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11) Ang Soon Thong - Kuala Lumpur dan Selangor

12) Wah Kee - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Selangor

13) Sio Sam Ong - Kuala Lumpur, Perak, Johor dan selangor

14) PNEH - Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15) Hong Hong San - Kuala Lumpur

16) Hai San - Perak

17) Sin Ang Bin - Kuala Lumpur

18) New Cell 20 - Perak

19) Jit It Hai - Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20) Sio Koon Tong - Johor

21) Gee Lam Kor - Kuala Lumpur

22) Gee Ah Eng - Kuala Lumpur

23) Loh Kuan - Kuala Lumpur

24) Tiang Yee Tong - Kuala Lumpur

25) Geng Leng Hor - Kuala Lumpur

26) Geng 35 - Kedah dan Pulau Pinang

27) Geng 303 - Selangor

28) Geng Satu Hati - Lembah Kelang, utara dan selatan tanah air

29) ATAP - Kota Kinabalu, Sabah

30) Hung Ann - Tawau, Sabah

31) Sui Yup - Penampang, Sabah

32) Otai - Kota Kinabalu, Sabah

33) Borneo Red EMP - Petagas dan Jumbo, Sabah

34) Ah Ngau - Kuching, Sarawak

35) Batu Tiga - Kuching, Sarawak

36) Ah Feng - Kuching, Sarawak

37) Batu 10 - Kuching, Sarawak

38) Sibu Ti - Kuching, Sarawak

39) Ah Seng - Sarekei, Sarawak

40) Ah Chin - Kuching, Sarawak

41) Lee Lung - Sibu, Sarawak

42) Lo Han - Kuching, Sarawak

43) Sg Merah - Sibu, Sarawak

44) Sg Badut - Sibu, Sarawak

45) Ting Ching Lee - Bintulu, Sarawak

46) Tua Cak Lee - Miri, Sarawak

47) Teksi Station - Miri, Sarawak

48) Pintu Merah - Miri, Sarawak

49) Krokop - Miri, Sarawak 


sumber

Read More..

Kamis, 13 Maret 2014

Gelihati Bank nak rampas kereta kerana 4 sen

SABTU, 10 MAC 2012

Encik Zainal terkejut membaca notis dari Standard Chartered yang mahu merampas keretanya jika beliau gagal melunaskan tunggakan 4 sen dalam tempoh dua minggu.





SINGAPURA - TIADA apa yang dapat dibeli dengan duit 4 sen.

Tetapi, 4 sen itu amat berharga kepada pemilik kereta Honda Stream yang ingin dikenali sebagai Encik Zainal.

Ini kerana gara-gara tunggakan ansuran hanya empat sen yang disahkan pihak bank berpunca daripada kesilapan teknikal, beliau dicerut kebimbangan kehilangan keretanya bernilai $60,000 di pasaran.

Kesemuanya bermula selepas bank yang memberi pinjaman keretanya itu, Standard Chartered, menghantar surat amaran tarik keretanya jika beliau gagal melunaskan tunggakan 4 sen itu.

Surat bertarikh 2 Mac lalu itu memberi Encik Zainal, 50-an tahun, seorang pekerja penerbitan, tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian.

Ansuran bulanannya ialah $916.04 dan perlu dibayar pada hari pertama setiap bulan.

Bagi bulan ini, saya tekan butang mesin AXS bagi bayaran $916. Saya ingat baki empat sen dikumpul dan dibayar lain kali.

Tetapi, sehari selepas itu saya terkejut apabila menerima notis mendesak saya membayar 4 sen dalam masa 14 hari atau kereta saya dirampas.

Peraturan apa ini? Kalau saya tak bayar ansuran bulanan selama dua atau tiga bulan mungkin munasabah tetapi ini hanya 4 sen! gelak beliau.

Menurut Encik Zainal, inilah kali pertama beliau menerima surat amaran sedemikian sejak sudah 30 tahun memandu dan menukar banyak kereta.

Biasanya pihak bank atau firma kredit akan menelefon atau menghantar surat peringatan jika saya bayar lambat. Mereka tidak terus hantar surat amaran mahu tarik kereta seperti Standard Chartered! tegas beliau.

Diminta mengulas, Haji Ismail Yusof, 46 tahun, yang lebih dikenali sebagai Dr Kereta, menyifatkan tindakan bank berkenaan bukan saja tidak munasabah, malah tidak masuk akal.

Pihak bank atau firma kredit biasanya kirim surat peringatan dan akan hanya menghantar notis merampas kereta sebagai langkah terakhir selepas dua atau tiga bulan tak bayar.

Tindakan menggertak pelanggan secara ini memang tak perlu dan tidak wajar, tambahnya.
Read More..

Rabu, 12 Maret 2014

Kenapa Islam Ada 4 Mazhab




Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.

Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.

Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.

Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.

Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal.

Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal. 7. Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah tiada siapa dapat habiskan sembahyangnya. Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi.

Mazhab ini bukannya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.

Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari Natal. Hal ini memang bikin gua panas.

Apa yang susah sangat? Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau lu duduk kat Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry Christmas“?

Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“. Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan? Eleh, jangan nak tipu. Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau RT.

Jadi dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita. Agak-agak kalau kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, so diam-diamlah tak payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this haram that. Bodohnya?

Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.

Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talkin (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali. Kecuali: A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.

Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.

Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.
Read More..

Selasa, 11 Maret 2014

Agar anak diterima masuk universiti ibu nekat mengganti anak ambil ujian

Jumaat, 28 Jun 2013 


 ilustrasi (c) shutterstock
Demi untuk kejayaan anak, ibu bapa berkorban apa saja. Orang tua normal biasanya memberi anak fasiliti untuk ikut ujian tambahan agar dapat mengerjakan ujian sekaligus mendoakan anaknya. Tapi  perjuangan ibu yang satu ini lain caranya. Dia mengerjakan ujian masuk universiti agar anaknya boleh lulus. Tindakan ini tentu saja salah dan membuatnya ditangkap polis .

Demi puteri tercinta..

Dilansir dari web today.com, seorang ibu bernama Caroline D (52 tahun) terpaksa berurusan dengan pihak Polis Peranchis. Penangkapan ini dilakukan kerana Caroline sengaja mengikuti   ujian universiti untuk anaknya. Di antara muda-mudi yang ikut ujian, Caroline menyamar dengan memakai seluar jeans berpinggang rendah dan memakai Converse (merek sepatu kets kesukaan anak muda).

Caroline sengaja mengerjakan ujian untuk puterinya yang berusia 19 tahun. Mulanya, pihak penyelenggara ujian tidak curiga, kerana banyak orang dewasa yang memang ingin kuliah di  universiti. Sayangnya, usaha Caroline tidak bertinjauan kerana salah satu guru kenal dengan puterinya dan curiga. Akhirnya pihak penyelenggara ujian menelepon polis  dan menangkap Caroline setelah ujian berakhir.

Tuntutan hukuman 3 tahun dan denda
Akibat perbuatan ini, Caroline terpaksa naik mahkamah dengan tuntutan sebesar 117 juta rupiah dan penjara 3 tahun. Akibat perbuatan ini, puteri Caroline kena getahnya. Dia tidak diperbolehkan ikut ujian di perguruan tinggi manapun hingga 5 tahun. 

Hal ini tentu disayangkan. Banyak orang tua yang melakukan penipuan serupa, contoh mudahnya, sengaja mengerjakan PR anak agar nilainya bagus. Padahal.. hidup tidak melulu soal nilai bagus, tetapi bagaimana agar anak berjuang untuk dirinya sendiri dan belajar bertanggung jawab akan nilai-nilainya.
Semoga peristiwa ini menjadi panduan untuk para orang tua.
 sumber :Vemale.com
Read More..