Rabu, 18 Desember 2013
Browse »
home»
‘duit
»
8
»
ambil
»
dicekup
»
ketika
»
penculik
»
raya’
»
8 penculik dicekup ketika ambil ‘duit raya’
Menurut sumber, kumpulan penculik yang turut disertai seorang wanita itu dilaporkan meminta wang tebusan RM50,000 daripada mangsa selepas mereka menculiknya.
Sumber itu berkata, dalam jam 10.30 malam kelmarin, mangsa yang sedang bekerja didatangi tujuh lelaki dan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai polis.
“Mereka kemudian mendakwa mangsa menjual rokok seludup namun dakwaan itu segera dinafikan sebelum kumpulan terbabit berpura-pura menggeledah pasar raya mini berkenaan.
Sumber itu berkata, ketika dalam kereta, mangsa dimaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum mereka meminta RM50,000 sekiranya mahu dibebaskan.
8 penculik dicekup ketika ambil ‘duit raya’
Kuala Lumpur: Tindakan dua penjawat awam termasuk seorang anggota polis bersama enam lagi rakan mereka untuk mendapat ‘duit raya’ dengan menculik seorang pengurus pasar raya mengundang padah apabila mereka dicekup sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, awal pagi semalam.
Difahamkan, semua suspek berusia antara 27 hingga 51 tahun itu dicekup kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam, ketika sedang melakukan urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan di sebuah stesen minyak di Pinggiran Putra Serdang, Selangor.
Menurut sumber, kumpulan penculik yang turut disertai seorang wanita itu dilaporkan meminta wang tebusan RM50,000 daripada mangsa selepas mereka menculiknya.
“Mangsa seorang wanita berusia 32 tahun yang juga pengurus pasar raya mini di Taman Pinggiran Putera, Sri Serdang,” katanya.
Sumber itu berkata, dalam jam 10.30 malam kelmarin, mangsa yang sedang bekerja didatangi tujuh lelaki dan seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai polis.
“Mereka kemudian mendakwa mangsa menjual rokok seludup namun dakwaan itu segera dinafikan sebelum kumpulan terbabit berpura-pura menggeledah pasar raya mini berkenaan.
“Seorang suspek menggari mangsa sebelum membawanya meninggalkan kawasan berkenaan menaiki Hyundai Sonata hitam. Kumpulan itu turut menggunakan dua lagi kereta iaitu Proton Perdana dan Proton Wira,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika dalam kereta, mangsa dimaklumkan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum mereka meminta RM50,000 sekiranya mahu dibebaskan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar