Selasa, 24 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » Pelik! Rusa Ini Memiliki Janggut Menarik!

Pelik! Rusa Ini Memiliki Janggut Menarik!



Pelik! Rusa Ini Memiliki Janggut (Menarik!) | Jika anda memiliki sebarang kamera, jangan lepaskan peluangg untuk merakamkan sebarang kejadian yang unik berlaku di hadapan mata kita. Pada zaman sekarang, kamera DSLR menjadi satu fenomena kerana keunikan kamera ini mampu menghasilkan gambar yang cukup cantik. Samalah seperti seorang jurugambar dari Itali ini. Beliau telah berjaya merakam seekor rusa yang dipercayai mempunyai janggut. Keunikan rusa ini mendapat perhatian media. Jom lihat gambar di bawah ini.
rusa1
Jurugambar veteran dari Itali ‘Paolo Torchio’ berjaya merakam gambar rusa berjanggut ketika berkunjung ke Masai Mara National Reserve di Kenya.
Rusa betina misteri itu bemiliki rambut tebal di kepalanya sehingga rupanya mirip dengan anjing terrier.
“Saya hairan, apa yang anjing itu sedang lakukan di sini,” Torchio bercerita kepada OurAmazingPlanet melalui telefon.
“Tetapi ketika ia keluar dari rumput, saya terkejut,” tambahnya.
Torchio juga bercerita rusa itu tidak diasingkan oleh kawanannya. Torchio berjaya mengambil gambar selama 15 minit sebelum rusa betina tersebut melarikan diri.
Selama 5 hari, Torchio mencari haiwan yang boleh berlari hingga 97 kilometer sejam itu, tapi hasilnya hampa.
Pakar belum dapat memastikan pekara yang membuatkan rusa tersebut berjanggut kerana bukti yang mereka ada hanya berupa gambar.
rusa2
“Tapi dari fizikalnya, saya yakin rusa itu adalah Rusa Thomson. Berdasarkan saiz tubuh dan tanduknya, rusa itu betina dan masih remaja,” jelas Lanny Brown dari Zoo Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat.
Brown mengaku dia dan rakannya belum pernah melihat rusa berjanggut sebelumnya.
Brown berpendapat rusa berjanggut yang berjaya diambil gambar oleh Torchio mungkin mengidap penyakit hipertrikosis, sebuah kelainan yang membuatkan rambut tumbuh berlebihan yang boleh dialami haiwan dan juga manusia.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Rusa itu juga berkemungkinan menghidap penyakit Cushing, kelainan hormon yang membuatkan haiwan kelihatan seperti poodle yang memiliki lebihan rambut.
Penyakit itu biasanya dialami oleh kuda.
sumber


Tidak ada komentar:

Posting Komentar