Minggu, 23 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » » Kenyataan Abby Tentang Lelaki Seluar Pendek Wali

Kenyataan Abby Tentang Lelaki Seluar Pendek Wali

Kenyataan Abby Tentang Lelaki


Kalau apa-apa cerita sahaja yang dibangkitkan oleh pelakon wanita, Abby Abadi, pasti akan ada yang bersuara lantang.
Boleh dikatakan lantang seperti Abby sendiri jugalah.
Seperti semua sedia maklum, ada yang menyokong apa sahaja kenyataan Abby dan ada juga yang tidak.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti diri Abby yang baru ini, manis bertudung, petah berbicara mengenai hal-hal agama dan isu semasa.
Terkini, Abby mengeluarkan kenyataan mengenai diri seorang lelaki pula.
Menerusi laporan laman Buahmulut.com, Abby telah mengeluarkan kenyataan yang seorang lelaki dewasa sekiranya memakai seluar pendek di atas kepala lutut, lebih dari tiga kali, tidak boleh menjadi wali.

Benarkah?
Kenyataan itu dibuat oleh Abby sewaktu dalam ceramah di Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ampangan, Negeri Sembilan.
“Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, untuk wanita yang sudah akil baligh memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat.
“Macam itu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali dia dah langgar macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi besar sebenarnya dia punya kesan,” kata Abby.
Selain itu, dalam ceramah itu juga, Abby memberitahu yang negara Malaysia berada dalam tahap yang bahaya dan membimbangkan dari segi agama dan ekonomi yang semakin menurun.
Oleh: SORAYA IMAN

Tidak ada komentar:

Posting Komentar