Jumat, 28 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » » Ugut terjun apartmen kerana telefon bimbit dirampas

Ugut terjun apartmen kerana telefon bimbit dirampas

Wartawan Sinar Harian
22 November 2012
PETALING JAYA –  Tindakan suami merampas telefon bimbit milik isterinya membawa masalah besar apabila wanita itu mengugut untuk terjun dari apartmennya di tingkat tiga sekiranya barang kepunyaannya itu tidak dikembalikan.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Damasara Damai semalam,  mangsa berusia 20 tahun itu cuba terjun namun tindakannya disedari penduduk yang berada di bawah.

Menurut sumber, penduduk terpaksa memujuk wanita itu selama 15 minit untuk sebelum mangsa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan niatnya terjun ke bawah melalui tingkap.

“Kaki wanita itu sudah terjulur ke bawah manakala anaknya berusia setahun juga turut menangis ,”katanya

Difahamkan, ketika kejadian suami wanita itu berada di rumah namun dia meninggalkan kediamannya itu selepas gagal memujuk isterinya.

Wanita itu kemudiannya ditahan dan dibawa ke balai polis sebelum mangsa membuat laporan terhadap suaminya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar