Jumat, 07 Februari 2014
Browse »
home»
2
»
angkara
»
berjahit
»
cemburu
»
foto
»
isteri
»
ngeri!
»
sampai
»
suami
»
tetak
»
Ngeri! Angkara Cemburu Isteri Tetak Suami Sampai Berjahit 2 Foto
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Ngeri! Angkara Cemburu Isteri Tetak Suami Sampai Berjahit 2 Foto
Ngeri! Angkara Cemburu Isteri Tetak Suami Sampai Berjahit (2 Foto) | Cemburu itu satu sifat semula jadi yang ada pada semua orang. Tidak kira lah sama ada suami cemburu kepada isterinya atau sebaliknya. Namun jika tidak dikawal sifat cemburu itu, maka pelbagai perkara yang boleh terjadi. Apabila emosi menguasai badan, maka syaitan mula bertepuk tangan. Ini yang terjadi apabila seorang isteri bertindak mengambil parang dan terus menetak suaminya di kepala dan badan. Admin difahamkan kejadian ini berlaku adalah disebabkan si isteri yang terlalu berang dan cemburu dengan suaminya.
Segamat: “Saya tanya dia sama ada mahu bersarapan roti canai bersama saya atau tidak. Dia diam saja dan terus masuk ke dapur.
“Tiba-tiba dia keluar (dari dapur) dengan parang di tangan dan terus menetak saya,” kata pekerja ladang dikenali sebagai Azmi, 57, yang cedera di kepala dan badan akibat ditetak isterinya, kelmarin.
Kejadian itu yang berlaku jam 10 pagi di rumah pasangan berkenaan di sebuah ladang kelapa sawit di Jementah dekat sini, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu.
Akibat kejadian itu, Azmi mendapatkan rawatan di Hospital Segamat, di sini dan menerima 13 jahitan di kepala serta enam di belakang badan, sebelum dibenarkan pulang, semalam.
Azmi berkata, mujur dia dapat merampas parang daripada isterinya dan segera berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum dibawa ke Hospital Segamat oleh jiran.
Sumber : Harian Metro
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar